Saturday, 3 November 2012

PANTUN EMPAT KERAT (SPM)

PANTUN EMPAT KERAT (SPM)

Rumah pusaka beratap genting
Utuh berdiri lambang semangat
hatiku runsing otakku pening
kerana SPM semakin dekat

gadis melambai di tepi kali
kali jernih penuh keramat
sudah kubaca berkali-kali
namun tidak juga kuingat

Istana megah dihias cokmar
Cokmar emas bersalut suasa
dengar nasihat cikgu Tahir
buat latihan kuasai fakta

Tun Perak bijak berakal
bendahara terbilang sepanjang zaman
sudah usaha haruslah tawakkal
agar jaya dalam genggaman

Asalamualaikum
kepada adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan SPM ... semoga berjaya dan dilimpahi cahaya kecemerlangan. Pantun ini khas buat anda semua. Semoga ia memberi inspirasi kepada adik-adik untuk lebih tenang dalam menghadapi ketegangan urat saraf ketika ini. Semoga dipermudahkan dalam memahami dan mengingati segala maklumat, rumus dan data yang bakal diaplikasikan dalam SPM nanti. 

No comments:

Post a Comment